Janganlah kita terlampau memandang kearah kesenangan kerana pandangan itu seringkali dibayangi dengan kepalsuan. Kita melihat orang senang dan lantas hati kita menerbitkan rasa ketidakpuasan hati, secara kita sedar atau tidak dan pandangan kita menjadi kabur akibat dilindung oleh api cemburu, cemburu dengan kemewahan orang lain, cemburu dengan kekayaan yang diperolehinya dan cemburu dengan kesenangan hidupnya.

Adalah tidak salah kalau kita cuba meninjau keperitan orang lain supaya ia menjadi iktibar agar kita tidak lupa pada janji yang dibuat kepada Pencipta – untuk menjadi khalifah yang taat dan bersyukur. Tidaklah salah kiranya kita melemparkan pandangan kita kearah kesulitan orang, agar ia menjadi pedoman kita dalam meniti sirat kehidupan dunia yang fana ini. Dan tidak menjadi satu jenayah kiranya kita melihat penderitaan orang lain kerana ia bisa mengajar kita menjadi lebih berperikemanusiaan…..

Comments

Popular Posts