Anak kecil itu menutup telinganya,
matanya dipejam rapat-rapat,
hati kecilnya terus berdoa
tanpa henti
kehangatan dari pelukan siibu masih terasa.
kemudian,
dentuman besar menggegar sekelian alam,
dirinya terasa begitu ringan,
seakan berada diawangan-awangan,

Tapi,
dia masih tidak tegar membuka matanya
kerana dia pasti,
pandangannya akan ditutupi dengan merah darah
yang bersemi di segenap bumi bertuah ini
tubuhnya tiba-tiba terasa sejuk
rasa kehangatan dari pelukan ibu telah hilang
dia kaget,
"mana ibu?," jerit hati kecilnya
perlahan-lahan matanya dibuka
asap dan api bersatu di mana-mana
tanah bertukar menjadi sungai darah
"tapi ibu masih tiada"

Dalam jerit pekik mereka yang lain
dia menangkap satu suara
"suara ibu itu," terletus bicara dari bibir mungilnya
dicarinya arah suara itu
melangkahi tubuh-tubuh hancur
langkahnya dipercepat

Nun di suatu sudut
kelihatan tubuh siibu terduduk lesu
keringatnya sudah menjadi merah
matanya terpejam rapat
Namun,
mulutnya masih basah dengan Nama Yang Maha Kuasa
tangan ibu dipegang dan dicium
"ibu, bangun ibu!"
rintih si anak kecil
dalam kepayahan, siibu bersuara

"Janganlah engkau mengira bahawa orang-orang yang gugur dijalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki" -Ali-Imran:169

Disaat habisnya lafaz itu, siibu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir
dan sianak kecil itu
bangun menadah tangan
dan berikrar

"Ya Tuhanku, perginya ibuku hari ini
adalah permulaan bagiku
untuk berjuang di jalanmu...."


-wardah_albajrai-

Comments

Popular Posts